Ahad, 7 Februari 2010

TINGKATKAN DANA PERSARAAN (KWSP) ANDA SECARA ISLAM ...





PENDEDAHAN EKSKLUSIF BAGI MEREKA YG MAHU BERSARA DGN SELESA!


"Ingin Bersara Awal? Adakah Simpanan Persaraan Anda Telah Cukup? Kini, Terdapat Teknik Bagaimana Memaksimumkan Tabungan KWSP Anda Seterusnya Bersara Dengan Selesa TANPA Perlu Bekerja Lagi!"

________________________________________
Anda bakal di dedahkan dengan satu panduan eksklusif bagaimana mengoptimumkan penggunaan KWSP dan meningkatkan simpanan
Akaun 1 sebagai persediaan untuk hari tua anda!________________________________________


Perkara : Teknik dan Strategi Memaksimumkan Simpanan KWSP Anda!

Salam sejahtera,
Hai sahabat,

Rata-rata seluruh rakyat Malaysia mempunyai simpanan KWSP sejak mula bekerja lagi. Ianya ditubuhkan bagi memastikan pesara mempunyai simpanan yang cukup bagi menampung keperluan hidup sepanjang tempoh persaraan.

Anda juga bakal bersara dan menjadi pesara apabila mencapai umur 55 tahun. Sudah pastilah anda menginginkan wang simpanan persaraan yang mencukupi di usia tua sehinggalah anda menghembuskan nafas yang terakhir. Seboleh-bolehnya anda tidak mahu bekerja lagi selepas bersara kerana tulang empat kerat anda sudah lemah dan tidak sekuat dulu.

Saya yakin, anda mengimpikan sebuah kehidupan yang selesa di rumah sambil melayan kerenah cucu-cucu anda tanpa perlu risau dan bimbang memikirkan soal perbelanjaan bulanan kerana wang simpanan persaraan anda telah cukup untuk 15-20 tahun lagi!

Tetapi... itu hanyalah impian dan angan-angan semata-mata... secara faktanya...
Berdasarkan kajian, grafik di atas menunjukkan secara purata hanya 1% sahaja yang bakal bergelar jutawan dan 5% lagi hidup mewah selepas berusia 55 tahun! Ini bermaksud, dari 100 orang, hanya 6 orang sahaja yang hidup dengan selesa sewaktu bersara, manakala selebihnya terpaksa bekerja semula atau menumpang kasih dari anak-anak!

Fakta Benar!
"Mengikut perangkaan dan statistik wang simpanan KWSP bagi tahun 2002 dengan jumlah pencarum adalah seramai 10.2 juta orang, hanya 1,900 orang sahaja yang memiliki simpanan melebihi RM1 juta dan 10,200 orang lagi memiliki simpanan lebih dari RM500 ribu, manakala seramai 351,000 lagi memiliki simpanan lebih dari RM100 ribu - Petikan dari buku 'Jutawan Dari Planet Jupiter'"

Cuba lihat statistik di atas yang telah dikeluarkan oleh pihak KWSP pada tahun 2002. Hanya 363,000 orang atau 3.56% daripada jumlah pencarum memiliki simpanan lebih dari RM100,000 manakala 96.4% lagi tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk bersara! Menakutkan bukan?

Mahukah Anda Tergolong Di Kalangan 96.4% Orang Yang TERPAKSA Bekerja Semula Selepas Bersara atau Menumpang Ehsan Dari Anak-Anak Anda ?

Saya yakin, seboleh-bolehnya anda tidak mahu bekerja semula selepas bersara dan tidak mahu menyusahkan hidup anak-anak anda. Tambahan pula, anak anda baru sahaja bekerja dan tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh . Jadi, tentu pada ketika ini anda sedang bertungkus lumus untuk menyediakan wang persaraan yang secukupnya.
Sebenarnya, berapa jumlah wang simpanan persaraan yang anda perlukan untuk menampung keperluan hidup anda kelak?

Mari kita lihat...............................
Andaikan semasa bersara, anda mempunyai simpanan KWSP yang boleh dikeluarkan kesemuanya sebanyak RM216,300. Manakala perbelanjaan bulanan anda sepanjang persaraan ialah RM2,000 sebulan dan anda akan hidup sehingga umur 70 tahun atau kira-kira 15 tahun selepas bersara. Ini bermakna anda memerlukan RM360,000 untuk menampung perbelanjaan anda selama 15 tahun. Anda kekurangan RM143,700 lagi! RM143,700 merupakan satu amaun yang besar! Mana anda nak cari? Ingat! Jumlah ini hanyalah anggaran kasar, ia tidak termasuk faktor-faktor ekonomi lain seperti inflasi, kenaikan harga barang keperluan dan kemerosotan ekonomi yang sukar di jangka! Kemungkinan besar, anda memerlukan lebih daripada itu...!


(keratan akhbar tempatan)
Lihat keratan akhbar di atas, ianya merupakan satu fakta yang amat jelas serta tidak boleh disangkal lagi...! Mampukah anda hidup selesa dengan berbelanja hanya RM475 sahaja sebulan? Sudah pasti hidup anda pada ketika itu akan melarat dan MISKIN! Ingat!, masih ramai lagi di luar sana yang tidak sedar tentang perkara ini dan bakal menimpa diri mereka di masa hadapan!
Anda bertuah kerana disini anda bakal menemui jalan penyelesaian terbaik untuk menjamin keselesaan dan kebahagiaan anda semasa bersara kelak!
Tunjukkan Jalan Bagaimana Saya Boleh Mempunyai Simpanan Wang Persaraan Yang Cukup Untuk 15-20 Tahun Persaraan Saya!
Untuk makluman anda secara purata jangka hayat penduduk Malaysia – Lelaki 75 tahun , Wanita 83 tahun
Pada ketika ini tentu anda tertanya-tanya, apakah cara yang terbaik untuk memastikan anda mempunyai wang simpanan persaraan yang cukup untuk kegunaan anda semasa bersara kelak serta bagaimana cara yang membolehkan anda melakukannya!

Apa yang bakal saya dedahkan ini akan membuatkan anda :
• Gembira kerana telah menemui jalan penyelesaian untuk menempuh 'hari-hari emas' persaraan anda.
• Akan lebih bekerja keras dan memanfaat setiap peluang pelaburan dan menjana pendapatan tambahan sebagai persediaan untuk hari tua anda.
• Menghargai masa yang ada dan mengisinya dengan perkara yang lebih berfaedah.
• Sedar tentang apa yang bakal anda tempuhi kelak!
Oleh itu, biar saya perkenalkan satu-satunya panduan yang dapat membantu anda...

"Meningkatkan Simpanan KWSP Untuk Persaraan Anda"


Bertindak sekarang sebelum anda bersara.
Saya bersedia membantu anda !!!