Khamis, 18 Februari 2010

APA ITU UNIT AMANAH PATUH SYARIAH

Satu skim pelaburan kolektif patuh Syariah yang memberi para pelabur peluang melabur dalam sebuah portfolio pelbagai instrument pasaran modal Islam . Unit Amanah patuh Syariah diuruskan oleh pengurus dana profesional mengikut kehendak Syariah.

Manafaat melabur secara Islam

1- Pengurusan dana yg profesional
Unit Amanah patuh Syariah diuruskan berdasarkan kehendak Syariah oleh para profesional yg diluluskan.

2- Kepelbagaian
Unit Amanah patuh Syariah membantu anda mempelbagaikan pelaburan anda dalam sebuah portfolio sekuriti-sekuriti patuh Syariah bagi meminumkan risiko dan kemeruapan.

3- Pertumbuhan modal/aliran pendapatan.
Unit Amanah patuh Syariah memberi anda peluang untuk menikmati pertumbuhan modal dan/atau aliran pendapatan sebagai pulangan pelaburan anda.

4- Berlandaskan kehendak Syariah
Jawatankuasa Syariah atau penasihat Syariah yg dilantik akan memastikan operasi dan pelaburan dana-dana adalah mengikut kehendak Syariah.

5- Kecairan
Unit Amanah patuh Syariah memberikan anda membeli & menjual pelaburan anda dengan senang dan risiko yg minimum. pelabur-pelabur akan menerima hasil penebusan mereka dalam tempoh 10 hari bagi yang melabur kurang dari RM100k . Bagi pelabur yang melabur melebihi RM100k,akan menerima hasil penebusan mereka dalam tempoh 2 hari .

6- Kemudahan & kemampuan
Anda boleh memulakan pelaburan anda dengan hanya RM1,000 & pelaburan tambahan minima sebanyak RM100.

7- Pendedahan Pelaburan
Unit Amanah patuh Syariah membolehkan anda mempelbagaikan pelaburan anda dan mendapat pendedahan kepada kelas-kelas aset patuh Syariah dan/atau negara-negara yang berlainan.

8- Pengawalan
Unit Amanah patuh Syariah dikawalselia oleh Suruhanjaya Securiti untuk melindungi kepentingan para pelabur.

9- Manfaat-manfaat pulangan berganda
Unit Amanah patuh Syariah memberi anda peluang melabur semula pendapatan/pengagihan untuk mengumpul kekayaan. Elemen penting dalam pulangan berganda ialah masa - semakin lama tempoh masa, semakin besar pertumbuhannya.